Aldy Shah On

Salam... Berjam- jam aku baring depan laptop untuk siapkan
Aldi Tavians baru. Memang pada mulanya blog nie bertukar
wajah pada awal mac, tapi disebabkan masalah teknikal yg
berlaku kat coding blog, terpaksa aku tukar dengan yang lain.
Bukan senang nak edit coding, tukar background dan layout 
blog nie, nak bagi lawa katakan. Akhirnya ini lah hasilnya.
  
Untuk Aldi Tavians baru nie ada banyak yang aku nak buat kat
blog nie, macam2 story aku akan masukkan, maybe ramai yang 
bosan giler baca entry aku sebelum nie, setelah aku selidik sikit2,
aku rasa maybe sebab entry aku tak menarik sangat kot, tengok 
kepada rating blog nie pown makin teruk, kalau nak dibandingkan 
dengan Dec 09 hingga Jan 2010, mmg tinggi rating blog nie.

Apa guna jika menulis tapi jarang dibaca, sebab iklan kat blog nie
perlu di klik oleh pelawat untuk memastikan iklan tersebut dapat 
menyumbang kepada blog nie. Oleh sebab tue lar aku ambil satu
tindakan drastik untuk tingkatkan trafik blog Aldi Tavians, Transformasi.
Ya, untuk jadikan blog nie lagi menarik. Banyak sangat perubahan 
yang berlaku kat blog nie. Tahun nie saja dah lebih 4 kali tukar wajah.

Kali nie aku tukar ke warna gelap sikit, nampak warna macam nie
misteri dan sentiasa sedap mata dipandang. Aku edit sehabis mungkin
bagi bezakan dengan coding asal, no ciplak2 yea, aku edit dan buat 
sendiri banyak sangat perubahan, sekarang aku puas ati giler r dengan
Aldi Tavians Baru nie. Dari semasa aku akan update dengan story terkini
dan lebih best dari sebelum nie. Kalau ada apa2 komen, sila tinggalkan.

Akhir sekali Terima Kasih banyak2 kepada followers Aldi Tavians sume,
kerana sudi singgah kemari, kengkawan yang bagi ilham aku menulis,
dan kepada semua blogger yang pernah singgah, dan yang sedang 
melawat sekarang nie, follow blog nie k, yang tak de blog boleh follow
guna email, semoga kalian akan sudi singgah kembali ke blog ini pada
masa akan datang. Semoga Sukses!, jumpa lagi, bye bye...(^_^)