Aldy Shah On

Salam buat semua... Buat pertama kalinya Aldi Tavians menulis
artikel berbentuk motivasi, urm.. dapat ilham baru- baru ini masa
result SPM dah keluar, urm.. ramai lepasan SPM sibuk apply nak
masuk U melalui on9, patut lar line tetibe busy semacam, erk ada 
kaitan ker?, Mungkin. Sebab Internet kat Negara kita mudah busy.

Satu permulaan yang baik, sebab sesudah sekian lama berbelog,
baru sekarang timbul kesedaran untuk menulis sebegini, urm adakah
sebab diriku ini semakin matang? Owh, mungkin juga, Setiap orang
akan ada satu- satu masanya dia rasa nak buat sesuatu yang diluar
dari apa yang dia selalu lakukan. Sesuatu yang sangat berbeza.

Matlamat utama aku menulis entry kali ini adalah memberi semangat
kepada, kawan2 dan adik kawan- kawanku yang baru lepas ambil result
beberapa minggu yang lepas. Urm macam mana result nyer? owkay?
cuku- cukup makan? atau mungkin juga melebihi apa yang dimahukan?
manalah tahu tak suka dan tak puas hati sebab dapat banyak sangat A+.

Bagi yang cemerlang, Tahniah! dan bagi yang kurang bernasib baik,
masih ada ruang untuk kita perbaiki dan berusaha lagi di lain masa,
mengambil kata- kata atuk ku " Tuhan belum buka hati kita untuk kita
lebih berusaha dan cemerlang" mengikut apa yang aku paham adalah
dia bermaksud supaya berusaha lagi jika diberi peluang untuk belajar.

Banyak kata- kata atuk ku yang buat kan aku sebagai remaja yang dah 
lama melalui saat- saat itu berfikir kembali, alangkah ruginya aku dulu,
Urm nak cakap result aku dulu cukup2 makan tak juga. Tapi tak masuk 
U juga, mungkin sebab memilih sangat kot. Aku juga terfikir kenapa lah 
orang tua tu ( Atuk ku) begitu pandai bagi kata2 mutiara sejak akhir2 nie.

Alangkah indahnya jika dulu dia selalu bagi kata- kata perangsang kat 
aku untuk cemerlang. Itu lah yang selalu orang kata, "Manusia Akan Berubah
Mengikut Peredaran Zaman" sebab aku tengok atuk aku lagi pandai berhujah
tentang pendidikan. Kalah mati aku dibuatnya. Mana tak nya, aku kurang
ambil perhatian atau ayat glam nya port dalam hal2 sekolah menengah nie.

Nasib baik lar ada kawan2 yang baru lepas sekolah menengah, boleh juga
dengar pasal sekolah menengah nie. Balik ke topik SPM tadi, aku doakan
supaya yang baca entry ini akan dapat tempat kat IPT, jangan sesekali pikir
negatif terhadap diri sendiri, doakan selalu dan tanamkan azam yang baru
mulai sekarang yang anda mampu berjuang lagi untuk cemerlang.

Bezanya anda akn melangkah ke dunia yang lebih realiti berbanding sekolah.
jika sekolah ada guru yang selalu beri anda latihan, nota dan perhatian dari
Ibu bapa setiap hari tapi anda akan hilang separuh dari itu. Zaman sekolah 
adalah zaman yang sangat indah, penuh fantasi bagai dunia pari- pari. Tapi
yang indah itu akan berlalu jua. Cubah lah hadapi dunia yang baru agar ia juga
indah untuk dikenang selama- lamanya. Jangan pernah mengeluh dan putus asa.

Teruskan berjuang untuk berjaya. Jadikan peluang yang ada sebagai ruang untuk
cipta lebih banyak kejayaan, transformasikan diri mu agar dikenali sebagai 
orang yang tak pernah kenal erti penat, putus asa, dan jangan sesekali risau
jika akan dipandang serong, Ingat, jangan mengeluh dengan hidup ini, jangan
mengadu pada orang yang anda letih dengan kehidupan ini, hidup ini, sebaliknya
Luahkan pada yang- Esa dan mohon padaNya agar diberi kekuatan dalam diri.

Terima kasih kerana sudi membaca, Doaku agar semua kawan2 ku, adik2 ku
akan berjaya dalam hidup, jika tidak berjaya ke IPT, jangan bersedih kerana 
masih banyak lagi peluang dan ruang untuk kita belajar. Jumpa lagi dalam Sunday!.