Aldy Shah On

Belum terlambat untuk aku post entry tentang Achik atau nama sebenarnya 
Abdillah Murad Md Shari yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya 
di kilometer 14.7, lebuh raya kajang-seremban (lekas). Pagi tadi aku sempat 
melihat satu video kat youtube masa kereta arwah yang sedang terbakar. 
Disebabkan dua tiga ari niey aku dah setup awal2 entry untuk disiarkan so 
baru ari niey ada ruang untuk entry niey dimasukkan.

Melalui apa yang aku baca kat laman web akhbar popular Arwah tidak 
keseorangan ketika kejadian tersebut kerana beliau bersama sepupunya,
Salihin Md Salleh yang turut menaiki kereta MPV Toyota Estima berkenaan.
Kereta yang dinaiki oleh mereka terbabas dan merempuh tiang signboard 
sebelum terbakar. Achik meninggal dunia di tempat kejadian kerana cedera 
parah di kepala dan badan, Mayatnya dibawa ke Hospital Tuanku Ja'far 
Seremban.

Achik yang berkahwin dengan Rosezaitul Suraini Wati Maarof pada tahun 
2005 dikurniakan 3 orang anak, apapun anak sulung pasangan ini meninggal 
dunia pada tahun 2007 kerana masalah usus dan demam panas. Berita laen 
yang aku baca lagik ialah mengenai beberapa orang pengguna jalan raya 
tersebut yang membantu Arwah ketika keretanya hendak terbakar. Menurut 
saksi kejadian Achik dan sepupunya tercampak keluar dari MPV terbabit.

Kejadian kemalangan tersebut berlaku selepas Achik yang dalam perjalanan 
pulang dari RTM kerumahnya di Taman Desa Ros. Mengikut laporan berita 
Arwah gagal mengawal kenderaannya lalu terbabas ke longkang di kiri lebuh 
raya Lekas. Secara kebetulan arwah juga menyanyikan lagu terakhirnya, Mencari Ketenangan ketika program terakhirnya, Gah 1 di Angkasapuri. RTM. 
Arwah seakan- akan tahu beliau akan pergi buat selama-lamanya.

Allahyarham selamat dikebumikan selepas Zuhur semalam di tanah perkuburan 
Islam, Makam Haji Mohd Said, Ampangan, Negeri Sembilan. Semoga Roh
Allahyarham Achik ditempatkan di sisi golongan yang beriman. Amin.