Aldy Shah On

Petang jumaat lalu tetiba aku rasa nak on9 kat kafe lak, saja tukar angin
sebab slalu asyik on9 kat bilik bowink jugak, so aku bawak lar aku punya
lap ke kafeteria, sambil makan, time tgh syok layan FB tue tetibe ade news
kat tv3, berita kematian Din Beramboi, terkejut gark lar sbb sebelum tue 
aku ada baca paper pasal dye sakit dan kritikal, rasa baru jer aku baca.

Tapi nak buat macam mana, sudah tertulis takdir Arwah. Ari niey aku 
bukak laman web Hmetro sbb nak baca berita pasal pemergian arwah
Din Beramboi, kat sini aku nak share berita tue dengan anda semua.
Berikut adalah petikan berita yang diperolehi dari laman web Hmetro :

KUALA LUMPUR: Pelawak dan penyampai radio terkenal, Din Beramboi sempat berpesan kepada beberapa ahli keluarganya dia mahu menghimpunkan semua anggota keluarga kerana merindui mereka kira-kira seminggu sebelum meninggal dunia akibat demam denggi berdarah.
REDA...Suhaini (tiga dari kanan) bersama empat anaknya  menabur   
bunga di atas pusara Allahyarham Din Beramboi, semalam.
REDA...Suhaini (tiga dari kanan) bersama empat anaknya menabur bunga 
di atas pusara Allahyarham Din Beramboi, semalam.
Seorang anak saudaranya yang enggan nama disiarkan berkata, Din Beramboi berpesan mahu menghimpunkan semua anggota keluarga kerana sudah lama tidak berjumpa.
“Saya bertemu arwah minggu lalu dan dia memberitahu tidak pernah melupakan anggota keluarga serta merindui kami, cuma masa tidak mengizinkan untuk berjumpa.


“Sebab itu dia mahu membuat perhimpunan besar-besaran untuk bertemu semua ahli keluarga, malah bergurau mahu membuat filem mengenai kampung asal kami iaitu Kota Bahru di Gopeng, Perak. Tidak sangka itu gurauan terakhir bapa saudara saya,” katanya yang ditemui semalam.


Bapa pelawak itu, Mior Badri Mior Idris, 70-an, berkata anaknya memang suka membuat lawak walaupun adakalanya kedengaran agak kasar.


“Mungkin sifat suka melawak itu datang daripada saya tetapi saya hanya membuat lawak cara orang kampung dan dia pula lebih hebat.


“Sama ada lawak yang dibuat arwah itu betul atau tidak, saya percaya ia boleh menjadi ubat untuk menggembirakan hati orang yang mempunyai masalah,” katanya.

Menurutnya, Allahyarham sebelum ini memang ada menyatakan hasrat mahu menghimpunkan semua ahli keluarga kerana sudah lama tidak berjumpa.


Isteri Allahyarham, Suhaini Che Man, 42, mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan serta memberi sokongan sepanjang suaminya mendapat rawatan di hospital.


“Saya juga ingin memohon maaf kepada mana-mana pihak jika lawaknya sebelum ini agak kasar. Niatnya semata-mata mahu memeriahkan suasana supaya semua orang gembira,” katanya.


Sementara itu, Pengarah Hospital Selayang, Dr Siti Zaleha Mohd Salleh yang dihubungi berkata Allahyarham meninggal dunia akibat ‘Dengue Shock Syndrome’ dengan komplikasi kegagalan beberapa organ utama.


“Jenazah dituntut ahli keluarga pada jam 2.30 pagi tadi (semalam) untuk urusan pengebumian,” katanya.

Al-Fatihah. Moga roh Arwah Din Beramboi dicucuri rahmat Allah Swt.