Aldy Shah On

Hari nie adalah hari terakhir kelas untuk semester nie. Tengahari tadi adalah 
kelas terakhir bagi subjek Akaun. Untuk subjek laen dah abis beberapa hari yang 
lepas. Berat hati juga untuk berpisah dengan semua classmate semester nie. tapi 
itu lah yang aku dan semua orang akan lalui bila dah nak abis untuk semester nie. 

Sekarang tinggal untuk Final Exam jer yang akan bermula beberapa hari lagi. Final 
Exam akan bermula pada hari Ahad, 16 aribulan iaitu pada minggu depan. Untuk 
Final Exam nanti aku ada 3 paper untuk 3 hari berturut- turut. Iaitu pada hari 
ahad, 16 aribulan untuk subjek Marketing, syukur sebab start petang, dalam 
pukul 2.15PM. 

Then keesokkan ari nya iaitu hari isnin 17 aribulan exam aku bermula pada 
8.15 bagi subjek Undang-Undang Komersan, hari selasa 18 aribulan pula subjek 
Perakaunan Awalan, juga start pada pukul 8.15AM, bila dah abis 3 paper tersebut 
aku akan exam last paper pada 24 aribulan iaitu paper bagi subjek Prinsip 
Ekonomi, 

Syukur start petang iaitu pada pukul 2.15PM. Abis jer paper tue baru aku 
mengemas barang untuk balik rumah. Tapi yang pasti nya 23 aribulan adalah 
besday aku, nie first time besday aku dalam musim Exam. Aku tak celebrate, 
so tak da terkilan atau sedih. But im really hope my frens wish for my besday. 
Tahun nie adalah spesel sikit sebab tue aku harap ramai wish, 

Tak lebih dari itu. Kepada semua member aku kat PTSB termasuk FB, Blog 
Followers dan semua junior, Gud luck for Final Exam, Aku doakan kita semua 
selamat dalam menjawab exam dan memperolehi pointer yang tinggi dan 
cemerlang. Gud Luck for All.