Aldy Shah On

Sahabatku...
Hadirmu dalam hidupku mencoretkan kenangan indah,
Diari hitam putihku diwarnai suka dan duka kita semua,
Tika aku kesunyian, tika aku kesusahan, kau hadir dan
menemani, menasihati aku agar bersabar dengan dugaan 
hidup ini. Nasihatmu segar diingatanku sehingga kini.

Sahabatku...
Dalam doa selepas solatku, aku selalu berdoa pada ALLAH,
doaku agar sahabat-sahabatku selamat dunia akhirat, doaku
agar dosa-dosaku dan sahabatku diampunkan, sesungguhnya
aku menyayangi mu wahai sahabatku. Tidak sanggup melihatmu
kesesatan dan leka dalam duniawi. Aku ikhlas dalam doaku.

Sahabatku...
Adakah kehadiran aku membuatkan hidupmu tidak tenteram?
Adakah aku menjadi punca perubahan hidupmu sekarang?
Aku bertanya dalam hatiku, akukah yang salah kerana tidak
menasihatimu dari awal? ya ALLAH, padaMu lah ku memohon 
petunjuk ke arah kebenaran, selamatkan semua sahabatku.

Sahabatku...
Cerita semalam bukan perkara main-main, dosa dan pahala
tidak boleh dihitung oleh kita sendiri. Apa yang telah berlaku
memang tidak boleh dipadam, tapi masih ada ruang untuk kita
perbaiki diri dan kembali kepada Ilahi. Insaflah wahai sahabatku.
Kembalilah ke dunia yang sebenar sebelum azab kunjung tiba.

Sahabatku...
Luahan isihatiku ini mengalirkan deras air mataku, aku sedih,
aku bertanya pada diriku, benarkah itu sahabatku?? tidak percaya.
Apakah yang mendorongmu ke jalan kesesatan itu wahai sahabatku?
Betul kah apa yang yang aku dengar ini?? Oh sahabatku... sedih,

Sahabatku...
Siapalah aku untuk menasihatimu agar kembali ke jalan yang benar,
Aku hanyalah sahabat yang ingin membantumu tika kesusahan.
Jangan lah kau terus leka dalam dunia gelap itu, kembalilah ke jalan
kebenaran wahai sahabatku.


Sahabatku...
Tuhan masih sayang padamu, Dia telah memberi ruang kepadamu
untuk bertaubat dan menjauhi perkara-perkara terkutuk seperti itu.
Sebagai sahabatmu, aku mendoakan agar kau akan benar-benar menyesal 
atas apa yang telah kau lakukan, dan berjanjilah wahai sahabatku yang
kau tidak akan mengulangi kesilapan itu buat kali kedua.


Sahabatku...
Aku hanyalah sahabat, yang hanya mampu menasihati mu tika berbuat salah,
Aku hanyalah sahabat, yang hanya mampu melihat kau berubah dengan ikhlas,
Aku hanyalah sahabat, yang ingin melihat kamu menjadi lebih baik,
Aku hanyalah sahabat, yang meluahkan  perasaanku di sini, tidak padamu.
Moga sahabat-sahabatku akan terus dirahmati, diampunkan dosa-dosa olehNya.