Aldy Shah On

Makin hari hidup ini makin sesak dengan bermacam jenis perangai manusia, kadangkala
hampir mencarut juga kat mereka yang tidak reti respek dan hargai kebaikan  orang  laen.
Namun tabah juga hati ni sambil  berfikiran positif,  mungkin  hari ni mereka  @  dia  belum 
cukup bersedia untuk merendah  diri mengucap kata terima kasih atas kebaikan yang aku 
lakukan,  bukan niat malah tidak  terdetik  dihati nak riak atau  bangga  diri, saban hari aku 

segagah  mungkin  berbuat  baik  dan  menjaga  pertuturan  aku  sesama  kawan  sekelas, 
namun apakan daya, kerja yang baik dipandang sinis, dirabunkan  matanya  untuk  melihat
kebaikan  dan  kesungguhan  aku  dalam  melakukan  sebarang  assignment   group,   owh 
memang bongkak manusia itu, namum aku masih sabar,  mungkin dye ada  masalah,  tapi 
apa? Argh! persetankan semua itu,  tidak  perlu  aku korek kisah  sebenarnya,  biarlah dye 

terus begitu, namum disudut  hati ku, cukup  terasa apabila kita bersusah payah  cuba  jadi
ahli kumpulan yang  bertangungjawab tetapi  tidak  dipandang langsung, setiap pertanyaan 
aku akan dibalas dengan jawapan acuh tak acuh, sakit hati,  ingin aku balas  dengan  kata2 
yang sombong, namun aku pantas  positifkan diri,  masih berpegang  dengan  prinsip  cool 
tanpa marah dan sentiasa sabar, tiada apa yang boleh diselesaikan dengan marah, malah 

ia mungkin akan berpanjangan seperti drama berepisod yang menyesakkan fikiran  dngn
konflik yang tidak berkesudahan, saban hari aku cuba elakkan perempuan yang sombong dengan kata2 itu, namun apabila ada tugasan berkumpulan, sungguh rumit, tidak sudi aku
buat kerja bersamanya, tetapi apakan daya kerana ahli group  dipilih  oleh  lecturer sendiri.
maka  nak  ke  tak  nak terpaksa  aku  bertegur sapa  namun  dye  masih dengan bongkak 

sombong bodohnya itu.Mungkin ini sebahagian ujian Ilahi yang ingin hambanya sedar dari
mimpi indah.Jika sebelum ini disukai tapi tidak semestinya tiada yang membenci.pasrah.
Aku sentiasa letakkan diri dalam keadaan positif,bersangka baik,namun hati yang terguris
ini  tidak  mungkin  akan jadi baik,  tidak lama lagi aku  tak akan jumpa dah perempuan itu,
moga subjek ini aku akan lulus  dengan cemerlang,  walaupun  banyak  pendam  hati yang 

terguris, senyuman manis perlu  diukir agar  tiada siapa  yang akan tahu. Hanya  dia orang 
yang  pertama guriskan hati aku sepanjang aku  menuntut  ilmu  di  sini, syabas,  moga  ko 
akan bahagia dengan sikap ko yang bongkak dan tak reti nak  hormat orang  itu. Aku halal
kan segala apa yang perlu dihalalkan,  aku juga maafkan atas  kata-kata ko terhadap kerja
yang aku lakukan, aku rasa aku buat lebih baik dari ko, tapi biarlah, aku mahu  tenang, jadi

aku maafkan ko jela, buat tension aku je kalau aku asyik duk pikir pasal ko, muka lawa tapi perangai, sedarlarh, hari ni ko tidak akn selamanya akan bersama kengkawan yang  sama, 
satu hari nanti akan berjumpa orang  yang baru, berhadapan dengan dengan  ramai  orang,
pasti akan ramai yg menyampah dan tidak sudi berkawan dengan ko lagi,hanya meluahkan 
apa yang dirasa,didalam yang indah pasti ada yang sebaliknya,hanya di blog ini. Sekian.