Aldy Shah On

Mengapa perlu hadirnya kebencian pada diri ini,
Mengapa semua kebaikan dilupakan kerana marah,
Kata-katamu menguris hati membuat aku sedih,
persahabatan kita selama ini adakah tidak bermakna bagimu?

Aku puas berfikir dan tertanya-tanya, salahkah aku?
salahkah aku kerana melakukan perkara yang baik?
Kenapa bagimu itu perkara yang jahat?
Aku hanya insan biasa yang juga tidak lari dari kesilapan.

Engkau meletakkan aku sebagai pesalah yang perlu hukuman,
Tidakkah perlu engkau fikir, adakah layak engkau menghukum aku?
Kata-kata dan perbuatan mu benar-benar menguris hati kecilku
aku sedih dengan apa yang berlaku.

Saban hari aku terpandang komen dan kata-kata dari Facebookmu
yang menunding kesalahan padaku,Adakah aku yang salah?
Kenapa terus-terusan engkau menyalahkan orang lain?
Kesilapan itu oleh diri engkau sendiri.

Aku punya rasa sedih juga dengan perbuatanmu,
tapi apa kan dayaku, engkau tidak pedulikan nasihat,
hanya memandang sebelah pihak saja, tidak datang untuk mendapat 
kepastian yang sebenarnya, hanya berpaksi pada pemikiran diri sendiri.

Aku akan terus berada disini, melihat apa yang seterusnya yang
akan kamu lakukan, setiap yang kamu lakukan akan aku diam
bisu seribu bahasa, kerana aku menanti kamu sedar
dan perbaiki kesilapan diri sendiri.

Hanya buatmu wahai teman, sedarlah apa yang terjadi 
adalah kesilapan diri engkau, jangan menyalahakan orang lain,
buka lar fikiranmu menerima kesalahan diri dan bukan
menyalahkan orang lain.Sedarlah sebelum terlewat.