Aldy Shah On

Kita sering keliru antara suka, minat dan cinta.
Kita seringkali salah tafsir perasaan sendiri,
kita kadangkala tidak dapat bezakan apa itu suka
dengan cinta, kerana kita leka dengan perasaan diri yang
hanya mudah terjebak dengan rasa yang kadangkalaa boleh buat diri
sendiri menderita dan kesedihan.

Suka, hanya perasaan yang mudah timbul dihati sesiapa sahaja
bila suka semua nya baik, yang buruk kita tahu tapi buat2 tidak tahu,
Cinta perasaan yang mudah timbul namun sukar mengekalkan nya, 
tanya saja pada yang bercinta, akan timbul rasa gusar, 
akan timbul rasa takut kehilangan cinta padahal ia akan terjadi jika kita 
tidak menyelami perasaan diri sendiri

Minat, kadangkala ia akan mampu bertahan lebih lama dari perasaan 
suka dan cinta, namun ia akan bosan bila tiada yang baru
dan juga akan mula rasa aneh jika berterusan minat.

Ringkasnya cinta,suka dan minat hampir sama, namun
ia banyak perbezaan tetapi kadangkala sukar untuk membezakannya.
selepas cinta akan timbul suka dan minat,
sebelum cinta akan timbul minat dan suka, sungguh unik...