Aldy Shah On

Beberapa hari lepas ada  request dari seorang followers yang nak sangat aku
buat tutorial bagaimana nak add link kat blog macam yang ada kat blog ni.
Baru-baru ini blogger.com telah banyak menyediakan gadget terkini termasuk
gadget add link, jadi sekarang begitu mudah untuk add link,hanya perlu klik
add gadget sahaja, pun begitu yang terdapat di laman blog ini agak berlainan.


Dilaman blog ini coding telah diubah bagi menepati citarasa pemilik, oleh itu 
terdapat dua barisan link yang dapat anda lihat.Bagi memudahkan anda 
faham jom kita belajar cara-cara nak add link yang senang menggunakan 
gadget yang telah disediakan oleh blogger.com, pertama sekali log in ke 
akaun blog anda seperti biasa, then pergi ke design seperti gambar dibawah

Sekiranya template anda telah terbina dengan Link List add, maka lebih 
mudah untuk anda add link, tetapi tidak semua Link List yang telah tersedia
di template yang anda gunakan berfungsi dengan baik, kemungkinan template
tersebut di convert dari wordpress, dan tak sesuai untuk blogspot. Ok, 
seterusnya kita ke step yang berikutnya.Rujuk gambar kat bawah.

Klik kat Add a Gadget dan akan keluar tab baru seterusnya cari gadget Link List,
kemudiannya klik kat icon add, mudah saja bukan? beberapa seketika kemudian 
akan keluar gadget tersebut, lebih lanjut rujuk gambar kat bawah.

Ini lar yang dimaksudkan, anda boleh menambah sebarang link seperti mana 
yang ada kat laman blog ini, sebenarnya untuk menambah link sangat senang
tetapi ramai blogger tidak menyedari akan kemudahan yang telah disediakan
oleh blogger.com, sebelum ini ada beberapa cara untuk menambah link kat
laman blog kita, contohnya boleh rujuk gambar di bawah,
1- Melalui add gadget yang disediakan oleh google (blogger.com)
 kaedah ini lebih senang jika template sesuai dengan gadget tersebut.
2- Telah tersedia ada di template yang digunakan, tetapi tidak semua 
template mempunyai & berfungsi, mungkin tidak matching dengan blogspot.
3- Kaedah yang agak susah dan anda perlu mengetahui serba sedikit tentang 
coding untuk mengedit & menambah link secara manual melalui coding template.
Setelah menambah link yang anda mahukan maka anda boleh klik save,
sedikit tips untuk dapatkan link terutamanya link post, anda boleh klik ke 
mana2 post yang berlabel atau tidak kemudian paste kan url tadi ke 
New Site URL, untuk dapatkan link seperti myspace atau Facebook sila 
copy url anda di laman tersebut kemudian ikuti langkah seperti nak add link
post tadi. Selamat mencuba, sebarang masalah timbul? tinggalkan komen anda.

Blog Tutorial One World by aldi-shah.blogspot.com
Request From :  KHOSOT GIRL