Aldy Shah On

Seawal jam 9.30 pagi update blog setelah baca satu artikel berita,kecoh kat beberapa 
laman belog,Aldi Shah pun tak mahu ketinggalan untuk turut menyiarkan artikel tentang 
story nie, bukan untuk mengaibkan sesapa, just nak share dengan pembaca Aldi Tavians sekalian, sekadar peringatan kepada kita semua,sensasi ni, just untuk korang semua.

.
.
Sepasang kekasih berusia 20 tahun ditangkap khalwat kerana berdua-duaan dalam 
sebuah kereta jenis Perodua Kancil di tempat letak kereta di tol Lunas kira-kira jam 
2.30 pagi. Pasangan itu pada mulanya di tahan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) 
yang sedang membuat rondaan dan kemudiannya memaklumkan perlakuan tidak 
sopan pasangan itu kepada PADK.


Foto ini bukan Hak Milik aldi-shah.blogspot.com

“PADK menerima aduan dari JPJ kira-kira jam 2 pagi. Ketika pemeriksaan dibuat 
oleh JPJ terhadap pasangan itu, mereka dikatakan sedang melakukan perbuatan 
tidak sopan dalam kereta. Pasangan perempuan pula didapati tidak memakai 
pakaian dalam. Selain itu, tingkap kereta mereka juga ditutup dengan kain supaya 
orang luar tidak dapat melihat apa yang sedang mereka lakukan.

"Salah seorang dari mereka merupakan penuntut di sebuah institut pengajian tinggi 
awam (IPTA) di Kulim. Selain itu mereka juga mengaku tidak mempunyai sebarang 
hubungan mahram". Pasangan kekasih itu kemudiannya di bawa ke Balai Polis Kulim 
untuk membuat laporan. Mereka akan disiasat di bawah Seksyen 9 Enakmen Kanun 
Jenayah Syariah Negeri Kedah 1988 dan jika sabit kesalahan mereka boleh dikenakan hukuman denda RM2,000 setiap seorang, atau setahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Pasangan itu kemudiannya dibebaskan setelah membayar wang jamin diri RM1,000 
setiap seorang.


P/S: Mengawan dalam kereta?