Aldy Shah On

Gong Xi Fa Chai..Happy Chinese New Year 2011 buat sume! tahun ni katanya tahun arnab logam,tak kenal maka tak cinta, so kat sini nak share sedikit pasal tahun arnab nih, spesel tahun baru cina gitu!

Masyarakat cina percaya tahun arnab akan membawa kepada kebaikan ekonomi dunia.. dalam zodiak cina juga ada menyebut tahun nie akan membawa keuntungan dalam perniagaan khususnya dalam bidang yg membabitkan kreativiti, khabarnya juga ramai yang akan menjadi kaya kerana nilai hartanah akan melambung tinggi!

Bagi pelajar pula, mereka yang lahir pada tahun arnab dan ayam akan menghadapi kesukaran untuk memberi tumpuan dalam pelajaran dan ibubapa dinasihatkan memberi bantuan tuisyen kepada anak2 mereka... itu adalah sebahagian kepercayaan orang cina

Antara selebriti antarabangsa yang dilahirkan pada tahun arnab ialah Angelina Jolie, Johnny Depp, Eva Longoria, Brad Pitt, David Beckham, Kate Winslet, Drew Barrymore, Tiger Woods, dan Arthur Miller. Semoga tahun baru cina kali ini lebih makmur, penuh kegembiraan, kejayaan dalam apa jua perkara.

So itu yg dapat dikongsikan buat anda berdasarkan pemahaman Aldy Shah melalui pembacaan kat beberapa laman web, see u next story yup! Happy Chinese New Year 2011...

Senyum...
Ketawa...
Aucakk!..Bye3...