Aldy Shah On

Hari nie adalah hari paling sibuk sekali kat tempat keje, memang banyak kerja2 yang tak sempat disiapkan staff shiff semalam terpaksa disiapkan oleh Aldy Shah sejak pagi sampai lewat petang, memang banyak sangat,tambahan sekarang dah  menghampiri cuti sekolah,so kena banyak lar settlekan beberapa things termasuk kena layan karenah manusia2 yang nak check in kat Resort dan macam2 karenah manusia larh.Face to face dan juga melalui panggilan telefon.

Lunch pon agak lambat sikit ari nie, pukul 2.30PM baru g lunch,sempat lagik dengar2 story pasal ada kapal terbakar kat tengah laut, tak jauh dari Jeti Kuala Besut,klau korang nk tahu, Jeti Kuala Besut dengan tempat aku Li tak jauh sangat, dalam 5 KM jer..so mmg cepat r berita pasal kapal karam tersebar, cam tak percaya lagik time tue sebab dorang yang duk cakap2 pon tak pasti bape orang yang terlibat atau ada kematian atau tak.

Balik dari kerja, my dad story pasal banyak ambulans lalu ke jalan nak g Jeti tu time tengahari, so terus jer Aldy Shah teringat pasal kapal karam tue, mulanya my dad cakap maybe ada accident teruk sebab banyak ambulans, tapi dye pon tak sure kat mana, so aku pon citer r pasal kapal karam tue, terkejut kowt..sebab menda ni pon tak pasti betul ke tak.

Kul 8.00PM tadik tgok Buletin Utama,selepas jer berita pasal Gempa & Tsunami kat Jepun terus jer berita pasal bot karam tue disiarkan,so, Aldy Shah nak share berita tentang bot karam tue dengan semua followers tercayang yerk.Mengikut laporan Buletin Utama TV3, bot yang mempunyai 42 penumpang tersebut karam kat tengah laut.

Kejadian itu dilapor berlaku 10.30AM ketika mereka dalam perjalanan ke Pulau Perhentian,Besut.Bot tersebut membawa 3 pelancong asing ,33 orang pelancong dari melaka,seramai 4 orang pelancong tempatan terbakar selepas setengah jam berlepas dari jeti Kuala Besut.Semua penumpang diarah memakai jaket keselamatan dan diarah terjun kelaut dan berpegang pada tali yang disediakan.

17 kanak2 dan remaja berumur antara 3 hingga 15 tahun antara penumpang bot tersebut,ada mangsa yang melecur dan dikejarkan ke Hospital Besut, semua penumpang bertarung nyawa apabila dilambung ombak setinggi 3 meter,difahamkan semua penumpang berjaya diselamatkan oleh bot nelayan kira2 10 minit selepas terjun menyelamatkan diri.

Sumber: Buletin Utama TV3.