Aldy Shah On

Gempa bumi paling kuat sejak 140 tahun melanda jepun semalam.Gempa dengan skala 8.9 Richter itu melanda timur laut Jepun mencetuskan gelombang tsunami setinggi 10 meter dan menyebabkan 1000 orang terbunuh.

Sebuah agensi berita melaporkan,gempa bumi menyebabkan kerosakan besar di bahagian utara negara matahari terbit itu.Tsunami pula memusnahkan kawasan pertanian, bangunan, rumah, kapal,kenderaan dan juga mencetuskan kebakaran.

Gegaran gempa dilapor menyebabkan beribu-ribu penduduk melarikan diri ke kawasan yang lebih tinggi,beberapa loji Nuklear pula ditutup,begitu juga dengan pusat penyulingan minyak,kira-kira 4.4 juta rumah terputus bekalan elektrik di kawasan utara Jepun.

Stesen televiyen NHK menyiarkan imej gelombang tsunami yang menghayutkan sisa bangunan dan kenderaan di kawasan Sendai yang mempunyai sejuta penduduk.Asap hitam berkepul-kepul di bangunan di Odaiba di pinggir Tokyo.

Perkhidmatan kereta api laju Jepun utara pula dihentikan,manakala syarikat gergasi elektronik jepun,Sony menghentikan operasi di 6 kilangnya,pihak berkuasa pula mengarahkan 2000 penduduk yang menetap berhampran loji nuklear Fukushima meninggalkan kawasan itu.

Kerajaan Jepun juga mengistiharkan darurat ekoran kebakaran yang berlaku disebabkan gempa di loji nuklear tersebut.Ratusan penduduk jepun dilapor cedera dan masih ramai mangsa belum diketahui keadaannya.

Dipetik & diulas oleh Aldy Shah.
Sumber: Bharian, Hmetro & CNN.