Aldy Shah On

Salam...Firstly spesel thanks kepada semua followers Aldi Tavians, since 2007 saya blogging, rasanya sudah cukup buat saya merajuk dengan dunia blogging menggunakan blogspot, hampir 4 tahun berkongsi rasa dan menjadikan blog tempat saya berdrama ria, rasanya sudah cukup untuk buat saya kenal apa itu blogging berjaya atau tidak, Honestly, saya amat bergembira dengan apa yang saya miliki dalam dunia blogging,namun saya juga punya rasa sedih,kerana blog ini tidak berjaya capai apa yg sepatutnya.


Lalu, 7 April 2011 saya mula membina blog baru yang lebih comercial dan akan jadi lebih baik dari blog ini,segala kelemahan yang terjadi di laman blog ini mula diperbaiki dan diterjemahkan kepada dunia and variasi baru, bukan niat saya melupakan apa yang blogspot berikan kepada saya,namun hijrah itu perlu untuk jadikan kita lebih baik..

Saya sudah penat menunggu blog ini mencapai standard yang saya sendiri tetapkan sejak 2 tahun lepas,even followers tak ramai, saya amat gembira kerana ada yang sudi follow, setelah mengambil kira ketaksuban saya dalam dunia blogging dan kegagalan Aldi Tavians mencapai kejayaan seperti yg saya tetapkan 2 tahun lepas, saya mengambil keputusan beralih kepada domain dot com yang lebih cepat berjaya.

Bukan meninggalkan dunia blogging, tetapi berhijrah kepada yang lebih baik,, ini adalah kali kedua saya mengatakan akan meninggalkan Aldi Tavians, pernah kali pertama, 2010 saya ingin menghentikan segala drama di laman blog picisan ini, namun kerana masih ada yang menyokong and menghalang saya menutup blog ini, saya akur..akhirnya saya teruskan juga.

Penat dengan blogspot yang tidak lagi mampu penuhi impian saya ingin jadi blogger berjaya, biarlah saya undur diri ke blog baru saya yea..terima kasih kepada semua, tak perlu berteka-teki, kerana laman blog ini akan wujud lagi, tetapi tiada lagi entry aktiviti saya, yang ada hanyalah entry promosi blog aldyshah.com 

Dijemput ke laman blog baru saya itu yang akan launching 20 Mei nanti yea..
semoga ikatan persahabatan, perkenalan kita sepanjang saya menulis di laman blog ini akan kekal terjalin dengan baiknya, selamat tinggal dunia Aldi Tavians, selamat datang aldyshah.com