Final exam dah makin menghampiri tapi banyak pula perkara yang menyerabutkan kepala aku yang sedia berserabut dengan nota-nota marketing & Law nih. Semalam ada meeting untuk Jamuan Blok V6 plak, pening kepala aku pikir
dengan benda2 yang last minit kena buat nih. Jamuan nie wajib kat sume blok, dah lar last minit sume AJK dimaklumkan tentang Jamuan nie. Nak tak nak terpaksa plan last minit jugak. Aku dah decide untuk ambil bahagian makanan
ringan, minuman dan persiapan tempat sahaja. Bahagian nie aku nak handle. Confirm! Tak mau pedulik langsung dengan bahgian laen. Disebabkan aku memang dalam tekanan yang melampau sekarang nie aku akan buat keje dengan
malas malasan jerk. Kalau nak tahu aku memang takda jawatan apa- apa dalam blok. Aku ambil tangungjawab se ikhlas hati dan tak harap apa-apa balasan, cukup lar dihargai. Bengang betul dengan Ajk2 V6 yang memang sah2 ada jawatan
kat blok tue tapi tak reti nak buat keje!, Jadi terpaksa lar beberapa orang yang memang tak da jawatan kat blok nie handle jamuan tuh. Huh! Yang Ajk blok tue confirm lar klau apply asrama dengan bangga nya tulis apa jawatan dia kat blok
kat bahagian sumbangan dalam borang apply asrama. What ever! Aku harap jamuan nanti dapat berjalan seperti yang dirancangkan. Simple & Relevan.