Showing posts with label TAUTAN KASIH. Show all posts
Showing posts with label TAUTAN KASIH. Show all posts
Aldy Shah On

Beberapa keping gambar ketika perjumpaan PRS 
yg pertama untuk Sesi Januari 2010

Time nie kitaorg tengah main game
Hah..Berani tuh,Bagi pendapat Dikk...

Huhuhu...kepala saper tue yea...

Debat makin panasss

Sebahagian ahli PRS yg hadir pada malam tue...

yg pakai cermin mata tue owner blog Amboi Sakan

 Ujung saan MC malam tue...Yg dekat tue plak tak laen tak
bukan org yg conduct game ala2 debat kebangsaan nie...

Ramai yang hadir pada malam tue...perjumpaan pertama 
la katakan...Masih bersemangat,Teruskan begini...

Yang nie permainan belon...semua ahli diminta tiup belon
then kne tiup sampai pecah...

Aldy Shah On



 Memenatkan,namun seronok dan gembira.Itu yg bleh
 digambarkan dgn jamuan prs yg tamat tepat jam 11.11
 semalam..Jamuan akhir prs adalah jamuan PRS yg pertama
 aku jadi ajk.Seronok jugak lah sbb tak banyak tekanan,
 semua berjalan dengan tenang dan consisten.Anyway aku
 nak cakap yg Jamuan nie mmg best,Tahniah buat sume yg jd
 Ajk yg membantu dalam menjayakan jamuan PRS sesi julai
 2009…Moga dapat adakan  lagi.huhuhu…

 Apa yg menariknya tak dapat digambarkan dgn kata2,
 Majlis bermula pukul 9 malam..well aku sebagai ajk kne dtg
 Awal.dalam kul 8.45 aku dah dtg..untuk persiapan akhir.
 Ok.seperti yg aku tulis kat twitter,jamuan makan PRS bertemakan
 Malam Inspirasi Remaja Asas Evolusi Islam…(MIRAEI)
 Singkatan tema nie macam tajuk lagu jepun yg femes tu…
 Tajuknya kira islamik habis lah..Tak taw la spe punyer idea…
 Tgok plak saper yg join buat backdrop…huhuhu…

 Pada malam tu aku bahagian keceriaan..termasuk sekali ngn
 Bhgian makanan..hik3.kalau bab makn mmg dapat kat aku lah…
 Owg tengok aku nie trus Nampak makanan kot,nak kata chubby
 tak plak,kurus tang tu jugak.kah3,Tapi klau tak dapat bhagian
 makann aku nak jugak jd ajk untuk bhagian makann..Mesti..hik3
 Ok,bhagian keceriaan nie aku sbgai owg biaser jer akan hias dewan,
 macm wat backdrop,susun meja n apa yg patut lah…Bhgian mknn
 lak kne sediakan n tlog tetamu ambik mknn lar..best woo…

 Aku nak story serba ringkas cikit tentatif program pada mlm  tu,
 Mula2 ketibaan ahli,mantan dan penasihat PRS,pastu bacaan doa,
 Kena nyanyi lagu negaraku,PRS,pastu lagu miraei dipasang…
 Selepas tu plak ucapan dr YDP PRS iaitu Abang faiz…,kemudian
 Perasmian majlis oleh Cik Rumaizah…Selepas itu plak ada tayangan
 slide show aktiviti PRS sepanjang sem nie,well lps tu msti mkn2.hik3,
 tapi sblum mkn kne baca doa dulu..mase mkn lak ada persembahn
 sebagai hiburan ketika mkn..last penyampaian hadiah buat
 Putera & Puteri…

 Dah nama nye inspirasi evolusi islam mmg pakaian macm
 pak arab lah..huhuhu..Mcm2 gelagat bile time bergambar…
 macm2 pose,dari karpet merah sampai atas pentas,kat air terjun
 pown bleh dijadikan tempat untuk mengabdikan kenangan  
 dgn kengkawan….Lepas majlis sume ajk kne bersihkan…
 well macam biasa lar..pagi nie lak kne susun balik meja,dan
 kne get ready untuk jamuan kamsis plak…Overoll sume ok dan
 gempak habis…



Aldy Shah On


 Pikir punyer pikir dan setelah termenung sejenak 
 baru aku perasan yg aku tak update lag story 
 pasal PRS.Urmm..patut ler aku luper nk update 
 sbb tak banyak aktiviti yg dijalankn.Yg best nyer
 kat perjumpaan mingguan nie aku jd photographer 
 taw...hahahaha...bangga siott...Apa yg nak dibanggakan? 
 Ntah..bangga ler sbb aku diberi kepercayaan
 utk snap picture masa perjumpaan nie...Best la 
 jugak sbb nie first time snap picture ngn kamera 
 ala2 cameraman dalam surat khbr.Hik3...
 Itu bab aku yg dilantik jd photograper tak rasmi 
 pada perjumpaan tu...Skrg ke story yg agak penting...
                 
                  Perjumpaan PRS
                     09/11/2009
 .....................Selami diri ......................
 "Apa Yg Anda Lihat,Dengar Dan Rasa"
 

 Untuk minggu nie aku highlight aktiviti yg sempat 
 aku turut serta jer sbb aku tak sempat catat byk 
 sangat,yela..akukan  kne snap picture owg... 
 Aktiviti yg best sekali ialah semua perlu menonton 
 video yg dipaparkan dan senaraikan  keburukkan 
 serta kelebihan video tu...sumenya iklan,byk dari 
 iklan petronas dan jugak sempena hari kemerdekaan..
 Abang faiz akan memilih seorg atau 2 
 untuk menerangkan apa kebaikkan iklan tu 
 serta maksud dalam n keburukkan iklan tu..
 Kira apa moral yg ada dalam iklan tue ler...
 baik dan burukkan nyer....Selain tue abg faiz 
 ada wat presentation pasal produk CKM 500.Tue jer 
 story psl PRS,miggu depan ada lagi dan lepas tu 
 nanti ada plak majlis penting PRS sblum aku balik cuti.

Aldy Shah On

Pejam celik,pejam celik dah pown ari isnin...macam biasa klau ari isnin ada perjumpaan mingguan PRS..seperti sblum nie gak tiap2 minggu ada topik atau tema tersendiri.Untuk minggu nie tajuk yg dibincangkan ialah "motivasi berani dan berjaya serlah pesona dari dalam"

TAUTAN KASIH PRS
" MOTIVASI BERANI DAN BERJAYA,
SERLAH PESONA DARI DALAM"
2 NOVEMBER 2009
DEWAN KULIAH JABATAN PERDAGANGAN

Untuk minggu nie ada game yg mana di conduct oleh Arvind A/L Lavindran,
dimana semua ahli perlu ke padang bersebelahan dewan JP untuk main 1 permainan,
Game nie macam nie (klau sesapa yg pernah pegi PLKN mesti tau punyer)
Game nie ada level nya iaitu bermula dari telur,kemudian ayam,kemudian dinasour
then raja,kalau untuk perempuan plak Permaisuri..

Cara permainan Game nie plak dimana semu kne 1 2 jus dimana semua bermula
dengan telur kemudian sape yg menang 1 2 jus tu akan naik l level jadi ayam,
begitu lah seterusnya naik jadi dinasour..yang kalah 1 2 jus tadi perlu cari
orang yang masih jd telur kmudian lawan 1 2 jus untuk naik level ayam,dinasour
then sampai lah jadi Raja..yg perempuan jadi Permaisuri.

Dah abis part Game seterusnya Part pembentangan,macm yg aku pernah story sblum
nie ttg tugasan yg diberikan pada insan2 terpilih,Perbentangan Pertama dari kump
yg mewakili jabatn Mekanikal.Tajuk perbentangan dorg ialah "Hidup umpama Roda"
Aku ada ambik beberapa kata2 hikmah yg dorg paparkan kat slide,dan yang nie
paling aku suka:
"Tidak negatif dan kasihan pada diri sendiri,Sebaliknya jimatkan tenaga untuk
digunakan dalam pertempuran Hidup"

Perbentangn kedua dan terakhir untuk minggu nie plak dari jabatan JKE,
dengan tajuk perbentangan nya ialah: "Mengapa PRS Menjadi pilihan Kami",
Maknanya mengapa PRS menjadi pilihan dorang..Dorg story lah..aku tak nak
cite sbb apa yg dorang present aku dah tulis kat blog nie dulu masa perjumpaan
pertama PRS yg aku hadiri.Klau nak baca sila ke Blog Archive dan klik bulan july (5)

Itu sahaja update aku pasal perjumpaan PRS.Kata2 yang aku suka bulan nie dari abang Faiz:
"Hari ini kita kat atas,Esok lusa kita mungkin Dibawah, Bila kita di Atas jaga yang dibawah.Agar bila kita Dibawah
tidak ditindas sepertimana kita menindas orang ketika kita diatas"

Aldy Shah On

PERJUMPAAN PRS
TAUTAN KASIH
"ANDA BOLEH BERCAKAP"
26 OKTOBER 2009
DEWAN KULIAH AWAM

Kemarin ada perjumpaan PRS kat dewan kuliah Awam...
huhuhu aku kene baca doa pembukaan majlis,ketaq la
jugak sebab first time perjumpaan PRS aku yang baca doa...
Topik atau pun aktiviti yang diadakan kemarin mmg best habis...
rugi sesapa ahli PRS yang tak join aktiviti kemarin.
Aku nak story cikit pasal aktiviti dan jugak apa yang berlaku
kemarin.Firstly semua ahli perlu bagi nombor kiraan,contoh nyer
kiraan bermula 1 lepas tu orang yang kedua kira 2,orang ke 3
sebut tiga dan begitulah seterusnya sehingga no 6 dan ulang balik no 1.

Kemudian semua kene duduk dalam kump ikut no yang disebut tadi
aku dapat kump 2 sebab aku sebut no dua masa kiraan tadi.Aktiviti
ini di conduct oleh abang khairi,Semua ada 6 kumpulan.setiap kump
diberi 1 barang dan perlu menyenaraikan fungsi barang tersebut,
ikut lojik n tak lojik pun takpe.Ada 6 barag semua.iaitu penyapu,
gelas,spray aerosol,pelita,penyodok,dan raket badminton.

Time pembentangan plak,semua ahli kump perlu memberi tau fungsi2
semua barang tadi kat audiens.Ada kump yang buat lakonan tentang
fungsi brgn tersebut,yang macam program ewah2 kat tv3 tu...Ada
jugak kump yang tak semua ahlinya bercakap..heerann...he3..
sebab tu ler tak menang,kih3.Nak tau kump mana menang?? welll
tak laen tak bukan...kum 6...he3,kump aku tak menang...tak pe..
esok masih ada...( ayat skema tuuu...)

Hah.bile kump nie dah menang (dorg tak dapat hadiah pown) kump 6 perlu pilih
seorang lelaki n perempuan dari kump laen untuk berlakon.
lakon apa?? untuk aktiviti yg seterusnya satu pasangan perlu melakonkan
satu situasi diamana situasinya ialah 'bagaimana seorang perempuan tu menolak
lamaran sorg laki yang ingin jadikan ppuan tu aweknya)
hahahaha part nie mmg best giler..nak (jer aku rakamkan wat video)

Seterunya tugasan berikutnya ialah dimana 2 orang jugak yang berlakon
tp bukan orang yang sama lah.Situasi dimana seorang ppuan menasihati
pakwe nyer yang ingin buat maksiat.Oppsss...Seorang ppuan tu menolak
ajakn pakwe nyer yang ingin ajak ppuan tu tengok wayang...ayat power
lak tu akak tu bagi,kah5,macam real lak.Lakonan spontan.

Seterusnya aktiviti terakhir memandang kan masa agak singkat sebb
perjumpaan nie bermula pada pukul 5.15.Soo tak perasan masa berlalu
dengaan pantas.Aktiviti nie agak kureng cikit ler...sbb pelakonnya
tak da pengalaman.hik3.tak de lah sbnarnya masing2 malu...Situasainya
dimana seorang ppuan nie suka cite masalah kat llaki nie...masalah macm2
lah.tapi x jdik sangat lakonn untuk part nie..kira ok2 jer lah.

last but not least (ha3...macam buat karangan jerk)Minggu depan akan
ada satu lagi perjumpaan dan untuk insan2 terpilih ada 1 tugasan yang
perlu dorag setlekan.Aku bukan insan2 terpilih tu jadi aku tak tau apa
tugasan tersebut yang pastinya dorg akan buat perbentangan gune powerpoint.
Kertas majong pown bleh.