Aldy Shah On

Semalam 18 ogos 2009 telah diadakan perasmian kemerdekaan negara yang ke 52...
pelancaran @perasmian tu diadakan kat dewan muadzam shah.Pada pukul 2 petang.
Pelancarn semalam berlangsung dalam keadaan sederhana memandangkan kita
sekarang kan sedang menghadapi virus H1N1..Sekejap jer tak sampai ler 2 jam kot...
mula2 nyanyi lagu negaraku kemudian lagu kedah,part lagu kedah aku tak berapa reti
lagi walaupun dia punyer lirik pendek.seterusnya kita orang ramai2 kene nyayi lagu
jalur gemilang...dan of cozz lagu satu malaysia.Lirik lagu nie cambest jer...tapi tak pernah
dengar,semalam adalah first time aku dengar,dan nyayi..kuang3...kalau korang terer

sangat.Hah sila lah menyanyi lagu satu malaysia nie...kat bawah nie aku taruk lirik lagu
tersebut :

Berdiri teguh di bumi
Nyata pupuk semangat satu Malaysia
Sepakat rakyat didahulukan
Pencapaian diutamakan

Perpaduan mendapat rahmat
Toleransi kaum amalan bersama
Kejayaan kita bangunkan
Satu Malaysia

Dalam capai satu tujuan
Tanggungjawab kita semua
Jadi teras bangsa mulia
Kita bina Satu Malaysia

Korus:
Satu Malaysia jadi pegangan
Rukun negara teras panduan
Satu Malaysia benteng negara
Rakyat Malaysia taat setia

Ulang Korus (4x)

Satu Malaysia untuk semua

——————————————–

Pencipta lagu: Nik Nizam, Errie Naham
Lirik: Lokman Ghani
Penyanyi: Roy

So macam mana? tau nyanyi lagu nie tak?? susunan musik lagu ni pada pendapat aku best jugak tapi best lagi lagu jalur gemilang.Berdasarkan apa yang aku tau banyak aktiviti yang dirancngkan akan di adakan tak lama lagi.Apa aktiviti tu aku tak ingat tapi dari semasa aku akan up date kan lah tentang aktiviti tersebut.