Aldy Shah On

Bertemakan Venetian Masquerade, Pada 7 mei 2010, khamis,Grand Dinner PRS telah diadakan mulai 8 hingga 11 malam. Grand Dinner ataupun Jamuan Makan Malam Akhir Semester PRS Sesi Januari 2010 berlangsung dengan jayanya. Majlis yang diadakan di 

Dewan Muadzam Shah dihadiri kira- kira 70 orang yang terdiri daripada ahli, bukan ahli dan tetamu Vip. Majlis bermula dengan persembahan pembukaan yang sangat menarik iaitu berlatarbelakang kan musik lagu asmaradana sambil kedengaran suara latar memaklumkan 

tema majlis diikuti dengan persembahan pembukaan oleh 5 orang yang terdiri daripada 4 pengacara majlis. Persembahan pembukaan cukup memukau hadirin tetamu yang hadir dan setia menanti sejak 8 malam lagi. Persembahan pertama dimulakan oleh Mohammad Dzafuan 

Bin Yasmi dengan lagu revolusi, persembahan yang sangat menarik dan berjaya membuat tetamu fokus pada pentas. Persembahan kedua pula oleh Lisa yang dijemput khas untuk menjadi pengacara pada hari itu. Lisa yang sebelum ini pernah menjadi pengacara untuk 

Makan Malam JPP menyampaikan lagu Sway yang turut dipopularkan oleh Pussycat Doll. Seterusnya persembahan diteruskan oleh Muhamad Bin Abdul Manan dengan nyanyian lagu selamat malam nyanyian asal Faizal Tahir. Persembahan tidak berakhir setakat itu saja,

Kesemua yang membuat persembahan kemudiannya menyayikan lagu Hitam Putih beramai- ramai. Persembahan yang memakan masa lebih 12 minit itu dirasakan sekejap kerana sangat menarik dan berjaya menghiburkan tetamu yang hadir. Sebaik saja persembahan pembukaan 

habis, semua tetamu berdiri dan bersama- sama menyanyikan asma ul husna, pengacara selepas itu mengambil alih pentas sebelum mengalu- alukan YDP PRS Sesi Januari 2010 memberi ucapan.Antara isi ucapan YDP PRS ialah beliau akan meletak jawatan sebaik 

semester ini berakhir. Kemudian nya majlis diteruskan dengan bacaan doa makan oleh Mohd Zaki. maka bermula lah masa untuk makan. Sambil menjamu selera semua tetamu di hiburkan dengan tayangan aktiviti PRS sepanjang semester ini. Tayangan yang berdurasi kira- kira 12 

minit itu bagaikan tidak cukup untuk memberi laluan kepada tetamu menjamu selera kerana kebanyakkan tetamu tidak berganjak dari tempat duduk semata- mata untuk menyaksikan tayangan video aktiviti PRS sepanjang Sesi Januari 2010. Pujian harus diberikan kepada exco 

multimedia kerana menyediakan video itu. Seterusnya persembahan sketsa oleh beberapa pelajar, untuk makluman persembahan sketsa oleh pelajar Sem 1 bersama YDP, Pelajar -pelajar tersebut juga sebenarnya terpilih untuk mewakili kelas mereka dalam pertandingan 

teater yang dianjurkan oleh PTSB baru- baru ini. Persembahan yang menarik ini berkisarkan tentang seorang pelajar yang mengalami masalah, kemudiannya disarankan untuk masuk PRS, pelajar tersebut kemudiannya bersetuju masuk PRS. Majlis kemudian diteruskan dengan 

Cabutan Malang. Pelajar yang terpilih terpaksa melakukan beberapa aktiviti yang telah dirancang awal oleh Ajk- ajk. antara aktiviti tersebut ialah senam tomi dan power rangers bertukar dengan gaya lembut. Pelbagai gaya, dan telatah yang dapat disaksikan sepanjang 

Cabutan malam diadakan. Mengikut kata Ketua Program, tujuan cabutan malang dilakukan adalah untuk memberi hadiah kepada tetamu kerana berani. Kemudiannya diadakan Anugerah Album Nilam, tujuan anugerah ini adalah untuk menghargai YDP PRS sepanjang Semester ini 

iaitu Yasmahafizal. Anugerah ini disampaikan oleh Syafik Maula yang juga merupakan Ketua 
Program bagi Jamuan Makan Malam Akhir Semester PRS bagi semester ini. Anugerah ini juga merupakan idea beliau sendiri. Sebaik selesai majlis kemudiannya diteruskan dengan 

pengiktirafan khas kepada tetamu. Anugerah Putera & Puteri Masquerade merupakan anugerah yang boleh dianggap khas kepada tetamu kerana kriteria pemenang ialah berdasarkan pakaian dan mask yang dipakai, bersesuaian sekali dengan tema Grand Dinner 

pada malam itu. Terdapat 5 calon- calon yang terpilih untuk memenangi, Pemenang diumumkan oleh Ketua Program. Pemenang mendapat sedikit cenderahati  ikhlas dari PRS. Tahniah kepada Putera & Puteri Masquerade. Anugerah yang terakhir dan juga merupakan slot terakhir 

pada malam itu ialah Anugerah khas PRS, Tujuan anugerah ini diwujudkan adalah untuk memberi penghargaan kepada semua Ahli PRS semester Akhir yang selama ini banyak berkorban, dan terlibat dalam aktiviti- aktiviti PRS, Semoga pengiktirafan ini sedikit sebanyak 

dapat memberi kenangan indah mereka kerana bersama- sama PRS. Ini menunjukkan PRS menghargai ahli- ahlinya. Tahniah kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung kerana berjaya menjadikan Makan Malam Akhir Semester PRS Sesi januari 2010 

sebagai satu majlis yang sangat menarik, menghiburkan dah penuh dengan kegembiraan. Semoga semua tetamu yang menghadirinya memperolehi kenangan indah yang akan dikenang selamanya.