Aldy Shah On



 Laskar pelangi (movie) adalah sebuah movie yg diadaptasi dari
 sebuah novel yg mncetuskan fenomena iaitu  LASKAR PELANGI
 karya Andrea Hirata.

 Mengisahkan pembukaan kelas baru di sekolah SD Muhammadyah
 yg di uruskan oleh dua guru luar biasa, iaitu Muslimah dan Pak Harfan ,
 Hari pertama mereka amt risau jika tidak cukup 10 org murid yg
 mendaftar.Pada mulanya 9 orang murid menunggu di sekolah yang
 terletak di desa Gantong, Belitong. Jika tidak mencapai 10 murid yang
 mendaftar, sekolah akan ditutup.

 Hari itu, Harun, seorang murid istimewa menyelamatkan mereka.
 Ke 10 murid yang kemudian diberi nama Laskar Pelangi oleh
 Bu Muslimah, Garapan story dalam movie nie tidak akan buatkan
 kita mudah lupe ngn jalan cite nyer...

 5 tahun bersama, Bu Mus, Pak Harfan dan ke 10 murid dengan
 keunikan dan keistimewaannya masing masing, berjuang untuk
 terus  bersekolah. Di antara berbagai rintangan berat dan tekanan
 untuk menyerah, Ikal, Lintang dan Mahar dengan bakat dan kecerdasannya
 muncul sebagai pendorong semangat sekolah mereka.

 Film ini dipenuhi kisah tentang org miskin yg dipinggirkan dari
 mendapat pendidikan yg betul2 sempurna atau baik, dan kisah
 penuh perjuangan dalam hidup untuk menggapai mimpi, serta
 keindahan persahabatan yang menyelamatkan hidup manusia,
 dengan latar belakang sebuah pulau indah yang pernah menjadi
 salah satu pulau terkaya di Indonesia movie laskar pelangi
 amat best dan sesuai ditonton oleh semua.

 Kalau tak percaya silakan tonton..Tak rugi dowh..Sbb cite nie
  penuh dengan pengajaran dan nilai2 murni agar kita menghargai
 apa yg kita sedang kecapi skrg...