Aldy Shah On

Pejam celik,pejam celik dah pown ari isnin...macam biasa klau ari isnin ada perjumpaan mingguan PRS..seperti sblum nie gak tiap2 minggu ada topik atau tema tersendiri.Untuk minggu nie tajuk yg dibincangkan ialah "motivasi berani dan berjaya serlah pesona dari dalam"

TAUTAN KASIH PRS
" MOTIVASI BERANI DAN BERJAYA,
SERLAH PESONA DARI DALAM"
2 NOVEMBER 2009
DEWAN KULIAH JABATAN PERDAGANGAN

Untuk minggu nie ada game yg mana di conduct oleh Arvind A/L Lavindran,
dimana semua ahli perlu ke padang bersebelahan dewan JP untuk main 1 permainan,
Game nie macam nie (klau sesapa yg pernah pegi PLKN mesti tau punyer)
Game nie ada level nya iaitu bermula dari telur,kemudian ayam,kemudian dinasour
then raja,kalau untuk perempuan plak Permaisuri..

Cara permainan Game nie plak dimana semu kne 1 2 jus dimana semua bermula
dengan telur kemudian sape yg menang 1 2 jus tu akan naik l level jadi ayam,
begitu lah seterusnya naik jadi dinasour..yang kalah 1 2 jus tadi perlu cari
orang yang masih jd telur kmudian lawan 1 2 jus untuk naik level ayam,dinasour
then sampai lah jadi Raja..yg perempuan jadi Permaisuri.

Dah abis part Game seterusnya Part pembentangan,macm yg aku pernah story sblum
nie ttg tugasan yg diberikan pada insan2 terpilih,Perbentangan Pertama dari kump
yg mewakili jabatn Mekanikal.Tajuk perbentangan dorg ialah "Hidup umpama Roda"
Aku ada ambik beberapa kata2 hikmah yg dorg paparkan kat slide,dan yang nie
paling aku suka:
"Tidak negatif dan kasihan pada diri sendiri,Sebaliknya jimatkan tenaga untuk
digunakan dalam pertempuran Hidup"

Perbentangn kedua dan terakhir untuk minggu nie plak dari jabatan JKE,
dengan tajuk perbentangan nya ialah: "Mengapa PRS Menjadi pilihan Kami",
Maknanya mengapa PRS menjadi pilihan dorang..Dorg story lah..aku tak nak
cite sbb apa yg dorang present aku dah tulis kat blog nie dulu masa perjumpaan
pertama PRS yg aku hadiri.Klau nak baca sila ke Blog Archive dan klik bulan july (5)

Itu sahaja update aku pasal perjumpaan PRS.Kata2 yang aku suka bulan nie dari abang Faiz:
"Hari ini kita kat atas,Esok lusa kita mungkin Dibawah, Bila kita di Atas jaga yang dibawah.Agar bila kita Dibawah
tidak ditindas sepertimana kita menindas orang ketika kita diatas"