Adakah aku sekadar teman yang tika senang bersama, tika susah sendirian? aku
hanya melakukan apa yang perlu aku lakukan tanpa menyakiti mana - mana pihak
tapi aku dipersalahkan atas kecuaian dan kesilapaan orang lain, wajarkah ? aku
bertanya dalam hati yang sedia terguris dengan kata- kata SMS yang dihantar oleh
kwan sendiri yang tidak langsung bertanya dengan baik, tapi hanya melemparkan
kemarahan dalam bentuk yang senang dipanggil Pesanan Ringkas, berkali-kali aku
menerangkan maksud SMS yang aku hantarkan kerana tidak dapat menolongnya,
tapi aku juga yang akhirnya dipersalahkan dan terus dianggap bersalah, wajarkah?
aku bukan ingin mengungkit dan berkira dengan mu wahai temanku.Tapi ingin aku
katakan yang segala meseg yang aku hantarkan adalah dalam bentuk yang mudah
difahami, tapi mengapa engkau salah tafsir? mungkin jika engkau baca catatanku ini
engkau akan salah tafsir juga? atau tak paham langsung? bertanya itu lebih baik,
bukan dengan hanya menerjah tanpa pangkal cerita, hanya memandang diri engkau
yang betul.Sungguh mudah pemikiranmu, selama ini adakah aku cuba mengelak dari
menolong mu? Kebaikan aku selama ini pantas dilupakan hanya kerana kesilapan
dirimu sendiri yang engkau anggap salah aku, aku tidak menolong ada sebab nya,
cuba renungkan apa yang aku hendak tuturkan melalui huruf-huruf komputer ini, harap
engkau yang membaca tidak salah faham, atau memang engkau susah untuk
memahami ayat2 bahasa melayu yang mungkin padaku terlalu skema ini.Aku tidak ke
Pondok Guard untuk ambil korang punya Kad Matrix sebab engkau hantar meseg
terlalu lambat, 6.24 aku menerima meseg darimu untuk mintak tolong aku ambil kad
matrix korang, berapa semester korang ada kat sini? memang alasan yang menyatakan
korang tersesat, tapi pukul berapa korang keluar? dan pukul berapa korang bercadang
masuk kembali? terlalu lewat mengatakan korang tersesat pada pukul 6.24, kalau pukul
5 mungkin boleh kita orang buat surat masuk lambat untuk korang, tapi terlalu lambat,
aku juga ada kerja yang perlu dilakukan pada masa itu, terfikir tak masa tu ? mudah
sekali menghukum orang laen bukan? orang tak mahu tolong terus dianggap sebagai
kawan yang tak guna dan berkira, entah apa lagi yang tersirat dan terpikir oleh kamu
pada masa tu.Bukannya Pondok Guard itu dekat, boleh sesuka hati jalan dan sampai,
tahukah bahawa guard itu semua tahu kerja mereka, tidak usah bagi alsan yang bagi
tidak langsung berguna untuk menipu orang yang terlebih mengenal dunia sebelum kita,
sempatkah aku berlari untuk mengambil kad matrix korang, dengan menggunakan
alasan yang serba tidak masuk akal, sudah la terlambat meminta pertolongan, boleh
saja mintak tolong guna SMS, pada aku tidak kesah kalau hantar guna SMS, tapi dalam
waktu terdesak tidak sesekali Call cuma bermain SMS sampai lewat dan jam
menghampiri 7 Malam, Sedar atau tidak, usah la bagi alasan tersesat, salah kamu yang
memang pandai keluar lewat tetapi tidak buat surat mohon masuk lambat, selepas itu
pandai2 anggap aku kwan tak guna, berkira dan tak sudi tolong, aku banyak menda
yang kena settle dalam hidup aku, mungkin pada korang aku tiada masalah atau
tiada kerja nak buat atau perlu dilakukan, aku memang senang dalam seharian, depan
laptop memanjang tapi aku juga ada mood aku dan kerja aku, tidak perlu aku mengadu
dekat semua aku kena buat itu kena buat ini sebab memnag tugas aku sebagai
pelajar dan aku memang tidak suka merungut dengan hidup aku, aku seorang yang
sangat happy dengan hidup aku even orang tension, aku nak join tension buat apa, so
jangan judge aku dengan kerana kejadian yang menimpa korang, itu masalah korang
kerana tidak inform langsung kat kitaorang kemana korang nak pergi, alih-alih waktu
nak hampir dengan pukul 7 malam baru hantar meseg mintk tolong dan takut disaman,
sedarkah klau aku yang dipersalahkan sebab aku tolong korang adakah korang akan
tolong balik? aku tak mau ungkit apa2 pown tapi faham situasi orang lain sebelum
berfikiran sempit, masalah korang aku cuba bagi pandangan supaya tidak korang
gelabah, tapi cadangan aku melalui SMS disalah tafsirkan, sungguh sakit ati aku ni,
tapi aku tetap tenang, aku tak perlu pikir perkara ni lagi selepas aku luahkan kat blog
ni, aku banyak menda kena pikir, dan bagi aku sekarang apa yang terjadi kat korang
hanyalah masalah remeh yang korang sendiri sedar yang korang boleh handle masalah
ini, cuma mungkin kerana mood berada dalam tidak stabil menyebabkan korang
berfikiran serong terhadap semua, salah siapakah semua itu terjadi, kenapa korang tak
buat surat masuk lambat? kenapa korang tak inform pada kami semua? atau inform
salah sorang dari kami, ya mungkin kami semua tiada hak untuk tahu kemana anda
semua pergi tapi sebagai kawan inform lar, ini tak bila dah last minit dan terdesak
barulah cari kami tapi masa dah terlewat, bukan tidak sempat untuk ditolong tapi tiada
cara nak ditolong kerana kami juga ada urusan, jangan salahkan orang lain, tapi
salahkan diri sendiri, aku juga salahkan diri aku kerana aku salah reply meseg engkau,
bukan ke elok aku bagi alasan aku tak baca meseg tue sebab aku tido, tapi aku tidak
mahu tipu seperti itu, ya memang aku tido tapi aku gagahkan diri bngun untuk reply
meseg engkau yang meminta tolong itu, tapi apa kan daya tak kan aku nak terus berlari
ke pondok guard untuk amik kad matrix korang padahal malam tue korang boleh amik
kat Pejabat Kamsis, jangan slaahkan orang lain atas kecuaian diri sendiri dan jangan
jadi selfish, buka minda dan fikir seelok-eloknya, setiap apa yang berlaku ada
hikmahnya, jangan selesaikan masalah dengan amarah selesaikan dengan jiwa yang
tenang dan penuh kesabaran, hanya meluah apa yang terbuku dihati, Salam.